Aug 15, 2011

teruknya KPI ramadhan mama tahun ni...

Perasaan berbaur bila dengar lagu raya di radio...
alamak...dah 16 Ramadhan....

Apa jadi ni mama...
camana ngan checklist ramadhan tahun ni..ms preggykn si fariz tu rasa lagi berkualiti ramadhan mama...

Udahler solat terawikhpun xmampu nak pergi waaaa....
padahal mana ada lagi bulan dalam setahun yg kita bole buat terawikh...
kalau papa balik jer barulah kami anak beranak dapat ke masjid berterawikh..

Apakan daya..mama yg PJJ n menguruskan 2 anak sorang2..ini  jerlah yg mampu...
Tapi umi kata "xper...janji k.long ikhlas menguruskan anak&rumahtangga,buat kerana Allah..besar pahala puasanya...puasa bersama anak2 kecik tanpa suami.."

Tapi nak jugak kejar apa yg dijanjikan Allah pada hamba2nya di bulan ramadhan....
*
*
*

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.) ...alangkah nikmatnya tidurpun dapat pahala..tp berpada-padalah...

*
*
kalaulah kita hayati,pelajari kelebihan yg Allah bagi pada bulan Ramadhan pasti kita terkejar2 mencarinya...
bersediakah kita kembali ke fitrah (sediakala/semulajadi) di hari eidul fitri sedangkan amalan kita boleh dibilang dengan jari...
Sekadar renungan dan pemberi semangat pada diri sendiri dan sesama kita...
Marilah kita sama2 mencari malam lailatulqadar di sepuluh hari terakhir ramadhan...insyaAllah

*caiyok2 mama..belum terlambat lagi..masih ada 13 hari lagi nak dikejar...

No comments:

Post a Comment