May 19, 2011

kenduri aqiqah wat 2nd little caliph


"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing."

(Hadis riwayat Abu Daud)





Maka selamat 2 ekor kambing dikorbankan oleh mama& papa untuk Muhammad Fariz Zaquan dengan doa moga menjadi anak soleh dan menjadi bekalan terbaik buat mama&papa bila mama& papa tiada lagi...

Ingin dikongsi bersama antara hikmah mengapa Islam mewujudkan ibadah aqiqah...


Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:


Pertama, aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T dari peringkat awal lagi. 


Kedua,sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.


Ketiga, sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.


Keempat, mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah. 


Kelima, untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

Sekian sedikit perkongsian dari kami...
..........dan..........
FYI......

Person in charge masa slaughtering ceremony yg paling busy kehulu kehilir..... 




 Haruslah ruang makan diutamakan...









Selepas upacara selawat...
barulah tok wan memulakan langkah memotong/dengan kata lain membotakkan rambut fariz...






Tapi disebabkan keadaan yang hiruk pikuk..maka tok wan x berjaya membotakkan kesemua rambut fariz...
Masa faid dulu tokwan sorang jerk cukur...


Maka disitu tugas membotakkan kepala beralih tangan ke ..Tok imam hj daud kita...selaku moyang faiz...
Siap bukak baju tu cek kito...
Pdahal rambut secipot jerk...
dua2 my little caliph rambut jarang-jarang n halus....


 Dan yang pasti...
Cameraman tuk majlis aqiqah dan cuku jambul fariz ialah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TARRRA.....along faid



Refuse to suck air zam-zam from bottle..x mcm faid dulu,main bedal jerk

1 comment: