Jan 27, 2010

Rajinkah aku???

Ni nak komen post dr ofismate kt blog dia menderas.blogspot.com....
Wah...rajinkah aku??itu perli ker aper...
Ni cuma secebis komentar buat nazri..
pesanan dr org tua2 untuk org muda2 yg baru menjejakkan kaki di alam penyelidikan..
Anyway..G.Luck n sorry 4 everything tau amirul..
hank gak sbb byk gklak mecelikkan dunia IT k.ida...
Jumpa lagi, Insya Allah..
Regret gak tak dpt jumpa Amirul..al-maklumlah on leave..

Sharing is caring kan...

Cuti 2 minggu

Rentetan dari peristiwa itu..dapat MC 2 minggu..Balik kelate..rehat...

Papa telah mengepos kami berdua ke kelantan..katanya senang skt nak pantang...Lagipun ramai makcik2..

*

*
Maka terbanglah kami di awan biru dr LCCT ke Kota Bharu



faid yang memang lansung xnak memakai sit belt sepanjang dlm flight..mcm mn lah nk bwk dia gi srwk bln 3 ni..45 minit tu pun dia dh boring..Berlari ke sana ke sini...

Uish masa ats flight, pedihnya rahim...
nasib baik amik assistance, cuma tambah 12.00, ada lar pramugari tengok2kan..
Terdetik dalam hati patutlah org tak bg naik flight klu baby dh bsr, mmg terasa tekanannya..
Esoknya terus ke KBMC ( Kota Bharu Medical Centre)..
DR ckp mmg complete misscarriage tp hormon pregnant still tinggi, so kena dtg blk untuk check hormon..
Ida ni masalahnya mmg hormon tinggi, walaupun period x lambat, klu dh rs lain mcm tu, check UPT dh +ve..
so mmg amik ms sktlah nak turun blk ke normalnya..

Lepas tu terus ke Hemophati di pasir pekan..
dapatler 21 jenis ubat, bekalan untuk 2 minggu..
Org tua2 kata urat org beranak x sm ngan org keguguran. 
so xleh mkn ubat pns2..
tp x best lak x mkn apa2..
tu yg amik hemophati..
Pantang mkn jer ikut cr org bersalin..
Urut2 atau bertungku tidak dibenarkan sama sekali...

ON MY BESDAY...

Sehari sblm my besday thn ni meninggalkan sejarah...


Bukan faid yg msk ward...mama dia..Tp sepanjang hr duk spital tu dia jerlah duk konker katil, sampai kena paksa balik...
*
*
18 Januari 2010
Waktu lunch tetiba nak blk umah, ajak montel. 
Tetiba tgk ada bleeding..nk confirmation, pakai pad..
mmg fresh blood..
Tetiba jantung berdegup laju..
semua org ida call dan semua org srh gi hospital. 
Memandangkan kita ni PJJ (Perkahwinan jarak jauh) terpaksalah ofismate bwk gi hospital..
msk labour room, DR sahkan "it is an abortion warning"...
aduhai...
dlm otak ni mcm mn ni klu dia wat DnC....
takut....

Semalaman kt ward...xder paper.
Tp still bleeding,sakt biasa jer mcm period.
Xder skt perutpn, cuma skt pinggang..
Pg esknya DR pakar msk, confirm kandungan luar rahim...

Patutlah start dr confirm +ve asyik skt perut n pinggang..
Dh +ve terus bukak buku pink sbb hati rs xsedap...
Naluri seorang ibu dpt rs dia xnak lekat..
tp hari2 perpanjangkan doa moga tiada masalah...

*
*

19 Januari 2010

Hari ni aku kena puasa..
DR akan akn buat DnC sbb kandungan luar rahim mmg x boleh diteruskan..


TETAPI, pkl 12.45pm baby kuar..
sebesar ibu jari.mcm perut ikan.
Segumpal darah dlm sarungnya...
Ms tu faid n husband ada..
tunjuk kt DR, dia sahkn it is consider as complete misscarriage..
Siap DR ckp, bagus ank ni...xnak nyusahkan mak dia, x pyh DnC..dia sndiri kuar...
Huhu...As a gift on my birthday...:)


Mcm blood clotting jerk..Sebesar ibu jari...X berapa clear sangat..gambar dr camera..Tp untuk kwn2..klu ada simptom mcm ida lain kali hati2...

Maka tutuplah buku pink tersebut...
Nsb baik dia kuar awl2..risau gak klu dh bsr..
Ms discharge ward skali lg DR sahkan ianya adalah janin @ 4 weeks...
Alhamdulillah, Allah permudahkan..
Klu dh bsr, then kandungan luar rahim lak...
xdpt nak bayangkan..
memang membahayakan nyawa baik si anak atau si ibu....

Thanx sayang 4 everything...

Jan 14, 2010

Sejak dari "itu"....

Sejak dari "itu"...rutin hidup ida mula berubah, antaranya...

1. Bangun pagi :::
Pukul 5 jer terjaga...pstu dh x boleh lelap mata...

2. Ke tandas ::: 
Kerap ke tandas...aduhai..malas sunggoh.

3. Break1st ::: 
Dah wajib tiap pg kt rumah break1st dulu baru pergi kerja..
segelas air soya + hameopathy + 7 bj kismis + 1 bj prune + apa2 yg ringan, spt roti/biskut/any fastfood,nugget ker,sosej ker.

4. Jogging ::: 
Terpaksa diberhentikan.
Maka waktu pulang ke rumah skrg lg cpt...Lgpun pkl 6.30 nak kejar criter cinta balkis...:)

5. Sblm tidur ::: 
Minum air soya + vitamin B complex + folic acid + ubat hameopathy +vitamin c syrup + 7 biji kismis + 1 bj prune...

6. Faid is going to school ::: 
Setiap pagi faid akn terjaga kul 7,minum susu,pastu mandi, siap2 pakai uniform... 
break1st ngan mama...7.45 hantar gi tadika awana suria...very good boy...
.........................
...................
.............
........

Maka sejak dari "itu"...
hidup perlulah amat2 berdisiplin 
kerana ada 6 perubahan / rutin yg perlu ditambah dalam rutin hidup seharian yg biasa...
Tetapi kerana sejak dari "itu"..
Faid akan jadi abg long...hehe.
Semuanya bermula dari 010110..:)

Jan 13, 2010

Entry has buat k. nik amalina nik ismail

Entry kali ini mmg special didedikasikan untuk my sist Nik Amalina Nik Ismail...
InsyaAllah boleh membantu meleraikan segala kekusutan.
Harap dapat membantu...


.......11 Tanda si dia adalah jodoh kita.....

1)Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


2) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


3) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


4) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan


6) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Jan 10, 2010

Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran www.azizwan.com


Point 1) 
Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com (link’kan ke entri ini)”

Point 2) 
Saya tahu contest ni dari: UNKNOWN...masa blogwalking mencari nuff...

So,sesaper yg terbukak blog ida dan nak masuk, jgn lupa letak dua point di atas 
jgn lupa ltk saya tahu contest ni daripada airuzai.blogspot.com. 
Tarikh tutup 13 Januari 2009.

Jan 5, 2010

our new year...

Masa first time pergi dulu,
3 jam setengah..kali ni pergi 2 jam setengah jerk..i
dakler jauh nau kota tinggi...
Tp 1st day kat sana umi xcident...
itulah kisah bila seorang ibu ke rumah anak..
macam2 hal nak dibuat,kemaslah,sapulah,moplah,bsh kainlah,lipat kainlah...
Bg kita si anaklak...
rehatlah wahai ibu bila datang bercuti,tp kebanyakan ibu mmg mcm tu..
rsnya semua setujukan...

Disebabkan itulah terjdnya xcident ms mengemop lantai.
Umi jatuh terlentang, risau gak takut apa2..
nasib baik tak teruk, cuma tulang pergelangan tangan crack,
maka bersambunglah cuti sekolah cikgu kamariah selama 17 hari...

Tengoklah tangan umi berbalut...so banyaklah rancangan yg x menjadi...xper2 janji umi chat...


Ni semua kat Tanjung Balau..landai jer pantai dia...cantik..

Kat desaru lak nak main layang-layang...

Pantai desaru x sebersih tanjung balau..org agak crowded kat cni,just main layang2 jerk...


"Nak main ngan tokwan...tak nak main ngan papa"


Faid jd teacher..siap dia jogetkan kucing tu mengikut lagu2 dia, tepuk amai2, labah2, burung kakak tua, aeiou..semualh lagu kt nursery dia...


Faid jumpa kwn lama..."mkn2...alar...mknlah" cat dipaksa mkn...


Umi ngan ida ats keter jerk..xphm btul org minat memancing nie...bosan arr..

Malam new year kitorang pergi memancing kat sungai kota tinggi..dapat 5 ekor udang galah besar...