Mar 23, 2009

Gambar mozac @ sungai gabai





Khas untuk kay aku cilok dr web member2 huby aku...
Cuba tengok gambar2 ni boleh buatkan kita terasa kesejukan,kejernihan dan kesedapan gi sana.
Betul tak kay??

CUTI SEKOLAH YANG MEMENATKAN...

Ushhh, penatnya....nak kata mengeluh tak jugak.
Happy sebenarnya.
Tapi sampai semalam tak berhenti2 orang datang rumah,baik keluarga mertua atau keluarga sendiri,pak cik,mak cik...
Ni weekend ni datang lagi org kelate sebab kelate dpt cuti besday sultan kelantan 2 hari...
Bila keluarga datang,gembira tp penat mengentertainkan org tu memang tak dinafikan.
Tp, xkan nak biarkan.


Ingat lagi pesan abah ida dulu2...
masa kecik dulu lepas solat maghrib abah mesti wajibkan kitorang baca Al-Quran,dengan rotan kat tangan nyer.
Pastu ada lar tazkirah sikit.

Pesan abah, bila org datang ke rumah,kita kena meraikan tetamu,begitu juga bila kita ke rumah orang,
kita kena menceriakan orang yang kita kunjungi.,
tak kira dengan apa cara sekalipun,mahal,
murah tak ksah janji kita berbudi.


Ingat lagi dia cerita kisah para sahabat Rasulullah S.A.W dulu...
masa tu kat rumah dia tak der apa2 kecuali sebijik buah tamar.
Tp,dia ada tetamu.Apa dia buat,
dia tetap juga meraikan tetamunya walau cuma dengan sebijik tamar.
Manakala 1 kisah nabi kita pulak...
abah cerita pasal Jarir yang datang agak terlambat ke rumah Rasulullah.
Para sahabat yang lain sudah lebih dahulu datang dan duduk berimpitan di rumah Nabi yang sederhana itu. Karena terlambat, Jarir duduk di serambi rumah Nabi tanpa alas.
Melihat Jarir yang duduk tanpa alas,
Nabi melepaskan selendang yang ada di pundaknya lalu memberikannya kepada Jarir.
"Hai Jarir, duduklah di atas selendangku ini” kata Nabi.
Jarir mengambil selendang itu,
lalu mengusap-usapkan ke wajahnya sambil menangis terharu.
dilipatnya selendang tersebut seperti semula dan dikembalikannya kepada Rasulullah.
 "Mana mungkin aku akan duduk di atas pakaianmu wahai Nabi Allah.
Semoga Allah memuliakanmu sebagaimana engkau muliakan aku” kata Jarir terharu.


Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri Rasulullah bersabda,
”Apabila datang kepada kalian seorang tamu yang mulia, maka muliakanlah dia. Dan apabila datang kepada kalian seorang yang ada hajat atau hak terhadap kalian, maka muliakanlah dia"

Tularkan..
buat renungan bersama.
Jd,muliakan lah tetamu anda walaupun kita penat macam mana sekali..
Orang tak harapkan harta benda yang mahal,air mahal,kuih mahal.
Apa yang penting budi baik,ikhlas melayan tetamu..
Betul tak??

Mar 16, 2009

training bdk2 mozac

Dekat kolam lintah


Bersama anak-anak murid di kolam..Berani gak budak ni.Kecil2 cili padi.

Final day of training.


Start jumaat lepas all researchers terlibat dengan training untuk semua student form 2 dan form 4 dari sekolah menengah sains muzaffar syah..
Rasa macam tak der lah banyak sangat kerjanya,
tp, penatlah jugak.4 hari berturut-turut, sampai last monday.
For our part from proteomic division,
we just explain simple things as our lab still under construction (dah start ker????).
Just ajar protein extraction n share pasal proteomic nyer project.

Then, bawak budak2 ni melawat leeches n lab.
Salah seorang guru pengiring diorang ialah cikgu norhayati..cikgu biologi, yang sememangnya menghujankan bermacam2 soalan untuk researchers.
Tambah lak kitorang ni dari kerajaan,so banyak gak soalan2 tentang bidang tugas kitorang dan gaji...

Tapi dont be surprise...
Hasil survey yg dibuat oleh our science officer..En Amirul..

I AM THE BEST TRAINER.....huhu

Mar 10, 2009

Style baru ker???


Copyright from; inasharyna.blogspot.com...Cantikkan???

Mar 5, 2009

Kiralah BMI sendiri..


 Jika BMI anda :Kurang dari 18.5 - Kurang berat badan
18.5 - 24.9 - Normal
25 - 30 - Lebih berat badan
30 dan ke atas - Obes

Click jer kat link kt ats tu kalau nak kira BMI..
Post ni sebenarnya ditujukan khas untuk munirah dzulkifly,
 my x-classmate kat UIAM dulu.

Ni yang nak criter ngan moon ni...
Dulu masa anak dara,
berat antara 60-62 kg dgn ketinggian 160 cm..mantain.
Tp, masa pregnant 2006 dulu,
berat terakhir yg berjaya dicapai adalah 82kg (masa 9 bulan).

Tp, hasil dr berpantang+breastfeed...turunlah ke 66kg.
Oklar..sbb bl msk uia blk, ramailar jugak puji still mantain..
tp bila dah stop breastfeed,berat menjadi2 naik + dah kejer (purse asyik berisi jerk).
Sampailah jarum penimbang tu dah ke 72kg..

anak dah 3 tahun, baru start struggle.
plus lak org2 ofis yg mulut besar semuanya.
Pastu apa yg ida buat???

stop makan nasi..buat puasa isnin khamis.
Masa 1st month mmg tak boleh..
Bila dpt mkn nasi,mmg tak ingat nyerlar..
No point diet.

2nd month, ida jogging 5 hari seminggu.
Setiap petang,lps blk kerja..joging dulu.Lgpun amik ank kul 7.Sempat lg lar jogging..
Bukan joging jer,buat sit up,push up..semua yg up2 lar..
Ada perubahan...tp sebulan 1 kg jer turun.
Sampailar satu hari tu..dapat comment dr member opis,
"hai dah 2 bln joggingpun tak der perubahan".

Kalau dari segi jarumnya turunlar gak 2kg untuk 2 bln,mmg lambat.
sbb mkn sama mcm biasa,cuma tambah jogging.
Masa tu tension sangat..
Tiba2 teringat pasal arina x-uia gak bole kurus sbb herbalife..

So,ida carilar psl info HERBALIFE.
Dr research yang ida wat 3 org kata makin bertambah selera adalar, dan 2 org mmg bole kurus.
Sepupu ida dr 76kg boleh dpt 60kg..
Tp,dia kata skrg dia dah stop, berat dia dah 64kg.
Still ok compare berat dulu,hopefully lps ni tak naik berat lg.
Ida pun buat appoinment ngan distributor herbalife.
Konon2 nak amik lar ni. 1 set RM370.oo.
Protein soy based.Food supplement lar.
 Then, biasalah..appoinment dibuat bl dpt gaji.
Tp,masa hari dpt gaji tu,timbang lg, eh berat aku turun 1kg lg...

Pas2, cakap lar ngan geng jogging ni..
So, finally ida decide tak nak ambik apa2 supplement/ubat..
Luaskan scope target.
Kalau dulu nak turun dalam masa 4 bln, skrg luaskan lagi sekurang2nya bulan 12 ni dapat balik berat anak dara dulu 60kg.
Cuma semangat kena kuat sikit,
bl kita buat secara natural,penurunannya off courselar slow.
Nak kata ida stop terus mkn nasi, tak,
Kadang2 ada kendurilar,functionlar..makanan lak sedap2.

So, apa yg ida wat..amik lauk banyak dr nasi.
Lauk yg berlemak/berminyak tu kurangkan sikitlar.
Pastu,kalu dah siap mkn,terus bangun,jangan duk lg kat meja..
kang tangan tu mula la nak menjalar2..
bak kata sarah episod ramadhan dulu.."bukan sarah yang mkn kuih,kuih yg masuk mulut sarah"...:).
 Betul tak munirah?hehe.

Bl kita buat mcm ni..ida rasa lebih constant.,safe n kita tak derlar push sangat.
Let say kita tak nak mkn nasi.
Mungkin sebulan dua dah berjaya turunkan berat sebanyak 10kg,
tp,after that...sampai bl kita tak nak mkn nasi??.
Tp,make sure tau NEVER EVER take DINNER.
Minum jus ker,susu ker..Tp,ikhlasnya kadang2 ada gak termakan.

Kadang2 sajer nak makan luar atau family ajak mkn luar ker...
Malam baru best makan luar ni.
So,termkn gaklar kat luar tp, biasanya order sup2 jer.
Amik nasi 1 senduk(small sizenya) jer.I
da rasa ini kut jalan yang terbaik untuk org yg tak boleh gak tinggal nasi..
Mmg lambat turun,tp constant n mantain..
now ida dah berjaya turunkan 4 kg semuanya..~3 bln.
Tp,jogging tu wajiblar.Tak kisahlah apa2 jenispun.Wajib exercise tau munirah..
Dengan erti kata lain..tak der jalan mudah untuk dapatkan berat ideal.
Tp ida rasa munirah not so biglar.
Still ok..Cuma kalau nak kurus lg..lglah cantik..hehehe

Mar 4, 2009

Faid kena chicken pox...

Ha...nilar criter geng yg kitorg tgk...

Chicken POPOPOP..Lepas sapu ubat ...

What is chickenpox...
It caused by the varicella-zoster virus (VZV).
Simptom dia biasanya sekali ngan selsema ngan demam...
Kadang2 terfikir gak apa gunanya pergi inject vaccine masa kecik2 dulu tp ttp kena chickenpox.
Siap demam2 budak tu dibuatnya.
Tp, tular.Its depends kut.

Luckily masa dia kena tu my parents ada kat rumah.
Thanx untuk semua kawan2 yang datang melawat faid...
Alhamdulillah,semalam ok.

Nasib baik boss senang luluskan cuti.
Kalau x, naya gak.
Bila parents dah blk,risaulak.
Yerlar..bukannya senang nak jaga org chicken pox ni.
Mkn bakar2 n rebus jer.
Tak boleh goreng2 dlm rumah.
Mak munirah biotek ada buat bedak daun semambu..Thanx.
Thanxlar munirah malam2 datang hantar daun semambu tu.
Mana taknya..malam tu faid garu2 macam tak keruan..
call tanya mak mertua mcm mn nak buat..cuma nasihat jerlar yg boleh diberi. Rmh diorang jauh.
Last2 munirah datang hantar.

Tp, faid memang baik budaknya..tak merengek pun.
Terbaring jer atas sofa..jalan pun tak leh.
Ada cacar air kat kaki. Kalau nak jugak jalan,dia merangkak.
Dah jd mcm baby lak.
Nasib baik kat lutut tak der cacarnya.
Kalau nak mandikan ubatpun, seronok... almaklumlah air ubat tu warna purple,
so, dia ingat dia mandi ngan air ribena.
Siap mintak lg nak mandi ngan air ribena.

Hehe...semalam mama&papa modern ni bwk anak dia yg baru baik chickenpox pergi tengok betul,betul,betul...
Cerita geng.
Kebetulan lak semalam cerah.
Dah lama dah melaka ni berhujan.
Bawaklar dia pusing2 melaka, tengok wayang, pergi main funfair, jalan2 kat JJ and lastly pergi makan satay..
Seronok betul faid tengok gang.
Sampai tak bergerak pun..1 bilik yang kitorg tengok tu cuma 2 parents jer ada, kitorang ngan faid, 1 lagi parents ngan 3 org ank.
Skt jer audiencenyer. Sbb weekdays+kitorang tgk kat melaka mall jer, apa yek nama cinema tu.
Tak silapnya MBO.
Tp,not badlar.Sama jer ngan GSC/TGV..Sama taraf.

Pastu ramailar org opis yg besar mulut membebel2 apasal bwk ank pergi jalan and bla2 lar...
Tak perlar. Kesian dia.
Sampaikan ida gi kejer pun nak ikut..
Almost 1 week lar dia duk terperuk dalam rmh.


Sampaikan karnival jom heboh yg tepi rmhpun tak boleh nak pergi..
pasang telinga jerlar dengar dr jauh.
Bayangkanlar yg masa konsert jom heboh tu pasang tv3, kat luarpun dengar, kat tv pun dengar.
Nak cakapnya betapa dekatnya.
Sayang 1000X sayang tak dapat join.
Kalau faid sihat tu, rasanya kitorang antara org yg berkampung kat situ.
Adik2 ida yang 2 org tu,dr pagi sampai malam duk sana.
Balik mandi kejap jer..Dah macam dia lak kerja ngan tv3.
Haha..tak perlar.Bg peluang kat org muda.

Cantik tak??

Untuk impact yg lebih luas, inilah design yg terbaik...

Hall + dining area...simplekan.Tp cantik..eceh...

Table without runner.Ingat nk tambah plastic cover + runner yg kecik (x perlu besar2 )+ platemat

Semua design 4 segi...favourite i ni...semua 4 segi, pasu,meja,jam....

ANY COMMENTS / SUGGESTION??