Dec 2, 2008

ACCIDENT!!!

Hari ini dalam sejarah....jam 8pagi.
On the way nak ke office.
Mimpi ngeri betul.Tengah2 cross jalan tu tiba2 ada kereta langgar belakang..
Aduhai..kereta akukah yg dilanggar itu?

Sekali keluar tengok2 betul habis bumper ngan bonet.
Mak aihh...Kereta baru ni.baru 4 bulan pakai dah kena langgar.Sedihnya..
Tapi nasib baik si pelanggar ni bertanggungjawab.
Walaupun dia ok, bertanggungjawab tapi sedih gak lar mesti tak sama dengan yang original.
Memang nak nangis.
Nilakan..sometimes kita dah berhati2 tapi atas kecuaian org lain kita yang menaggung kerugian.


Masa accident. I am trying to be a 'lasak' woman,yg tabah dan ok behadapan dgn situasi macam tu.
Tp, hakikatnya memang tak boleh lari.Perempuan tetap perempuan.
Nak catat nombor keretapun terketar2..tak boleh nak wat apa.
Berdebar.
Yg si faid dalam kereta lak tak der perasaan.
Seriusly macam x rasa apa2.Dengar berdentum jer. So, kira oklar.Kalau dia terkejut,risau lak.
Sblm nak settlekan dgn si pelanggar, call member office,yg perempuan, nak mintak tolong hantarkan faid dulu ke nursery, yg lelaki diperlukan untuk settlekan accident...

Anyway,far away,breakaway..akhirnya setlle.
Kereta aku tu masuk wad untuk 3/4 hari.Bergantung pada cuaca.
Nasib baik tak jadi balik kelantan raya haji ni.
Kalau tak problem gak sbb kalau jadi balik malam jumaat ni dah nak bertolak
.Adala hikmahnya tak balik kelate,thanxla untuk semua yg membantu.
Nnt ida attachkan gambar keretaku yg dilanggar itu.

Nov 26, 2008

Boy or Girl???




Pelikkan bunyinya...macam nak dapat baby baru jer.
Sebenarnya weekend hari tu, bosan2 main ngan faid.
Sambil2 melipat kain, nampakla ada kain tudung.
"faid2..faid nak jadi x mcm mama?"Sajerlar test dia pakai tudung.
Comella pulak..Ei...bahaya tul.Kang jadi suntung lak anak aku..


Tp he is so cute kalau jd baby girl.
Ei kalau ikutkan nafsu, hati dan perasaan memanglar teringin nak dapat second baby..baby girl lak..
Tp, terpaksalah KIV dulu.
At least Faid dah independent, dah fully fasih bercakap barular boleh move to the next stage, 2nd production.


Tp, I am really suggestkan kepada mama clubs kalau2 la terhajat nak plan nak amik apa2 contraceptive..pakai jerla IUCD.
Very2 reliable, kita tak sakit kepala nak kira2 tarikh, tak yah nak risau affect hormon sbb mmg lansung tak play ngan kita nyer hormon...haid lg tetap n lebih ringan. Sangat2 bagus.
Tapi, dgn syarat pakai dkt swasta la.
Bukan apa bila pakai dekat kerajaan tak selesa sikit.
Then, better pakai yang 5 tahun jer.Sebab either 5/3 tahun harga sama jer.

Oct 13, 2008

TOM YAM KLASIK




Satu hari di hari raya
 we all planla dinner together2 kat luar kat tom yam klasik..
Wah...untuk ke restoran tu..kena jalan merentasi kolam yg besar, naik jambatan n duduk di meja ala2 jepun.
Very2 santai and sangat sesuai untuk org yg dah ber anak macam kitorang.


Skali sampai bil kena charge sampai 40 something untuk makanan ala thai yg biasa2 jer (Order: Sup sayur+kailan ikan masin+ayam halia+telur bungkus+milo panas+milo sejuk+air suam).
Berbaloi tak??
Nak kata sedappun..biasa jer..standard mengikut piawaian.
Sayang kitorg tak sempat nak ambik gambar makanan..tp nilah view kedai tu.
Mungkin ada extra charge sbb kena naik jambatan n meja ala2 jepun tu kut...

MYVI SE..WRS 2439


handsome tak our new car..
mmg berbaloi n puas hati dapat kereta ni..
Nampak sikit hasil titik peluh berkerja...aik berpeluh ker????

Raya 2008






As I said ni lah 1st time raya ngan keluarga mertua...
almaklumlah raya pertama dulu  bersalin,
raya tahun tu jatuh masa turn berpantang kat rmh sendiri(hehe sbnrnya mmg dah arrange sengaja awal bersalin kat melaka supaya dapat raya kat kelate) ,


then yg 2nd raya mmg turn kat kelate,
3rd raya ni mmg kena lah kat melaka.
Tp memandangkan parents my hubby ni asalnya pahang,temerloh...
so kitorang convey ramai2 balik pahang malam raya.
Jauh gak..kitorg tak pernah drive sejauh itu selama ni.
Kalau balik kelantan pun biasanya naik bas jer..
lgpun kat sana dah ada kereta tak perlula bwk kereta.
Mmg penat drive jauh2 ni...kita yg sblh driver ni pun penat.
Luckily my son tu jenis yg tidur jer atas kereta..
So, tak der masalah untuk i tidur,cuma kita jer yg takut tidor,takut driver tertidur skali...dlm takut2pun tertidur gak..
Sedar2 org sebelah tepuk dah sampai.
Lama tul aku tidur rupanya.:)


Tp,mmg jimatlah kereta MYVI ni.
So, di sini nak suggestkan belilah myvi!.ceh..tak dapat komisyen apa2 pun.
Walaupun myvi ni penuh dgn kekontroversinya, akhirnya kitorg dapat buktikan ada banyak keuntungan beli myvi.
Off coursela org tua...my parents sebenarnya dah bagi 1 kancil, 1 honda and 1 motor kapcai...
pd diorg buat apa lah kitorg beli kereta lg.
Membazir.We all pahamlah on behalf org tua.


Tp, bg kitorg,kitorg nak cari kereta yg untuk jalan sana sini,yg menjimatkan compare to hondala..
Sbb honda tu dahlah 2.0 cc,auto lak.
Kancil lak selalu sakit,kejap2 masuk hospital...
Rezeki kitorang, dapat trade in kancil tahun 2000 tu dengan harga RM 10,000.


So,dapat kurangkan bayaran bulan2,tambahan lak luckily masa tu, Ogos 2008 interest masih 3.88%.
Skrg rasanya dah naik kut...
So, sempena convo bulan 8 hari tu cekupla 1 myvi SE warna putih...
dahpun bwk balik raya..
Dr segi minyak ke tempat kerja hari2 pun jimat.
Office ngan rumah jaraknya hanyalah 3km termasuk pusing hantar my son kat nursery.
Minyak hanyalah RM 50 untuk 2 minggu.Jimatkan?
 Thats whyla I boleh hantar my son kat SMART READER KIDS...
hopefully dia dapat menguasai 3 bahasa..
So, in case nak beli apa2 ngan cina (majority salesman cina),cina2 ni tak boleh kelentong lagi sbb kitorang dah ada translator.

Oct 12, 2008

BIOMALAYSIA 2008




Apa ada ngan Biomalaysia???
Wah...best gak jumpa ngan member coursemate,classmate,supervisor,lecturer and member2 masa praktikal kat INFORMM dulu.
at the same time dapat discuss ngan my collabrator untuk project.
First time tuh...ala2 blind date..almaklumlah selama ni duk call jer kan..
last day baru dpt jumpa.


Mula2 singgah kat booth uitm, terbaca poster2 projek DR Nuriham Abdullah and last day baru dpt discuss ngan dia.
InsyaAllah by the end of this month kita akan arrangekan 1 meeting antara UITM and PBM..yg penting kertas kerja harus dicompletekan dulu..
Luckily dia ore kelate..lagila senang untuk collabrate.
Hopefully mereka akan jayakan projek ni dan dpt grant yg besar bolelah tampung fee postgraduate.hehe...alang2 celup pekasam.


 Dan best gak dapat discuss ngan manager Kelantan Biotech Corp.
Diorang ajak join,tp,under kerajaan negeri n masih setahun jagung.
Takpelah...Tp, dengan rela hati jika diorang perlukan apa2, I am still here to support Kelantan.
Layanan kat biomalaysia mmg first class.
Tak dapat disangkal lagi.

Sep 22, 2008

2nd birthday 4 my boy







Yg first dulu sambut kat kelate, so, yg 2nd ni sambut kat melaka.
Sepatutnya 2/9 tetapi memandangkan hari tu dah puasa, maka sambutla awal sikit, hari merdeka....31/8.
Makan mihun goreng purple, roti jala,keropok goreng...jajan2 n kacang2.
Tak lupa air mata kucing+buah kundur.
Promote product Perbadanan Bioteknologi Melaka..
Cuma satu jer yg frustnya order kek football untuk 2 kg, tp, dia silap buat, so dia suruh ambik lagi 1 kek ganti lagi 1kg.Tu yg jadi 2 kek...
Takpelah 2 kek untuk birthday 2 tahun.
Tp, kalau 3 tahun takkan 3 kek kut...
takder maknanya.

Majlis Berbuka Puasa


Office anjurkan majlis berbuka puasa kat Hotel Seri Malaysia.
Hmm malangnya tak der gambar makanan yg sempat dirakamkan sbb keadaan sangat kelam kabut.
Ada banyak company yg anjurkn majlis berbuka kat situ.
Tambah lak ngan anknya yg malu2 kucing .
Lps dah sembahyang barula sempat nak bergambar...tp makeup dah tanggal..hehehe.
Faid sempat bergambar ngan mak officemate yg merangkap jiran..
dengan erti kata lainnya nenek angkat faid secara tak rasminyala.

MAHA 2008



1st week kerja dah ditugaskan involve exhibition di Hari Peladang negeri melaka.
Then, bulan 8 hari tu di tugaskan ke Selangor, Serdang
3 hari 2 malam untuk MAHA di Mardi Serdang. Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008) ni diadakan dekat padang jarak padang terkukur
dan
kami ditempatkan di kawasan pavillion rumah2 negeri


So, walaupun asalnya negeri lain,
 tp, sbb dah kerja di melaka tolonglah promote negeri melaka.
Di sebabkan terlampau besar, nak ke satu2 tempat pameran tu kena naik TREM ataupun kalau kita panggil macam bas,
rupanya tu mcm bus+train kat zoo.
Bestla dapat berborak2 dgn PM and CM face to face.
Seronok giler experience ni...

All RO




Nila semua RO yang ada di perbadanan bioteknologi melaka...
Seisi photography.
Test jer..untuk upload dalam web gambar semua RO yang terkini.

Air Terjun!!






Dah penat2 bersukan, pergi mandi air terjun bawak 2 sepupu sepapat ida(ank mak teh).
Dulu kecik2 memang dia suka sangat air.
Ingat lagi, masa 3 bulan kitorang dah bawak dia pergi bercuti kat port dickson.
Papa dia ajar berenang,comel sangat.Siap tak nak naik lagi.Org lain yg risau.
Tp, bila dah besar,takut lak.


Rumah my hubby dekat jer ngan Pantai Pengkalan Balak.
Hari tu bawak mandi pantai, takut gak.
Tp, kalau dah ke tengah oklak..dia takut ngan ombak..
Yg bwh sekali tu gambar masa kat pantai tu...best gak pantai tu.
Setiap kali balik rmh mertua mesti pergi lepak situ.
Then, malam2 tinggal anak ngan mak mertua gi jalan2 n makan ngan my hubby.
Tu yg best kalau blk rumah mertua.

SPORT DAY IIUM EDUCARE




1st time sport day anak sendiri.Best gak.
Tak sangka dah besar anakanda ku.
Faid masuk pertandingan mama oh mama.Tp, x sporting betul.
Org suruh lari, dia menangis..
Tulah..manja jer lebih.
Semua org nak manjakan dia.
Dapat goodies bag, ada towel, biskuat,vitamin,air ribena.

FRIM vs MIB


Alhamdulillah keluar jer universiti, terus dpt kerja kat FRIM sbg Research Assistant(RA) under proteomic.
Mmgla sangat2 relax...siap boleh buat tudung.hehe..
Tp, cam biasalah,kalau dah namanya RA, kenalah amik master...
Dalam keterpaksaan applyla master,nasib baik supervisor dulu nak student master..


Selepas beberapa bulan husband nk fly2 away,maka tinggalla 2 beranak.
Ni tak leh jadi ni,kat KL tinggal berdua.
So, decided to move to malacca sbb mak mertua housewife.
So, kalau kena outstationpn still ada org boleh tgk anak.
Tp, mmg rezeki.


Hari pertama duk melaka pergi hantar resume kat tempat2 yang berkenan.
Esoknya dah kena panggil interview,minggu depannyan dah start kerja.
FRIM ke MIB ke dua2 kerajaan, tp tangga gaji RO tinggi sikit drpd RA.
Then, kalau sempat completekan master ni, dapatla naik lagi tangga gaji.
Yang penting project berjalan dengan berjaya.
Ni apply grantpun tak dapat lagi..Camana nak dapat,esience fund ni pun tak complete lagi.Hehe.
Banyak tul kerja,
Tp, sempat gak upload and update bolg.
So,masa yg tak der ker atau terlebih masa?jawab2.....

Jul 22, 2008

New Life at MIB..

MIB? Melaka Institut Biotechnology.
Nilah tmpat baru ida skrg as research officer.
Ida diletakkan under molecualr laboratory.
Ida punya task handle project on mango kernal (mcm final year project ida)
and mango pickel.
So, all about mango n plus 1 about microbiology since MIB will set up 1 yogurt production factory.
So, kena la blajar background to set up yogurt factory dr segi equipment ke, cost analysis, rearrange the factory layout according to efficiency and GMP and blablabla....
Evrything still on research But kita akan start set up august ni ngan production manager dia.
Doakan kami semua berjaya n factory berjaya producekan yogurt.
And you all semua jgn lupa beli products malaysia lak...kitorang akn pastikan taste dia sama jer ngan yogurt yg korang beli kat supermarket tu..Hehehe.


1 new thing yg agk shock adlh the way to perform project.
As I starting from ' 0' line, so, everything kita kene wat sendiri dr proposalnya (very different compare to FYP, ida nyer guna technofund proposal format),
 dr segi nak purchase everything, SOP...
semua tu agk new.Mmg kita dah blajar dlm biopharmaceuticals and biofacility,
tp, theory sebenarnya something yg different bila kena practice.


Tp, thanx alot to all x-lecturers like Dr Elwathig, Dr Maizirwan and Dr Azura yg mmg banyak bg tunjuk ajar walaupun ida skrg bkn lg student UIA.
Tp, xper, skrg MIB tgh request untk ida sambung master ngan UIA.
Agk lambat skt sbb MIB nak IP tu dpt dkt pihak diorang, MIB takut UIA claim yg semua itu UIA punya.
Sbb MIB punya targert to commercialize ida punya project sbg pharmaceuticals product or food supplement.
Deal with vendor and ask for many qoutations from many suppliers is not an easy work for me as new RO.
May be I need RA(research assistant) untuk membantu ida wat so so la...


So, for time being mmgla asyik duk ngadap computer jer.
Sampai kan bila dah lepas launch tu rasa mcm nak muntah komputer jer...
Ida takderla gambar kat opis ni sbb camera ngan husband..
tp nilah gambar bangunan tmpat ida berteduh hari2 berkerja dr pkl 8-5...
kdg2 OT lg..biasala kerja ngan org.

May 22, 2008

Faid Zafran is going to school,IIUM EDUCARE











Inilah sekolah faid sejak dia berumur 2 bln...
sekarang dah msk kelas frangipani, untuk toddlers..
Very2 reliable.Ssh nak cari pengganti iium educare.
Thank you for all teachers...

Kerete baru tok wan WMF 96



May 21, 2008

2nd raya buat kami









Ini lah 2nd raya kami berdua.
Masa 1st time dulu masih dalam pantang.
Tak raya sangat, tp, best gak sebab hari raya ke 3 kami buat kenduri aqiqah untk faid.Maka tumbanglah 2 ekor kambing...
Itulah sbnrnya raya pertama buat kami berdua...
tp memandangkan dah terbunting pelamin, 1st rayapun dah bertiga.
2nd raya dah mmg turn kat kelantan,terpaksalah ke kelantan.
So, dah 2X raya kelantan...
raya 2008 kena raya pahang lak ngan tok dan wan.

Faid dan 2 girls





Ha..inilah sepupu2 faid buat masa skrg...
Dua2 girls..faid satu2 cucu boy atok ngan wan and satu2nya cucu tok wan n nenek.
Sbb tu masa dalam pantang untuk adil bg dua2 pihak samaada kelantan atau melaka,
hari pantang di bahagi dua,separuh kat melaka, separuh kat kelantan.


Pastu kenduri cukur jambul kat melaka,
kenduri aqiqah kat kelate.Adil tak?
ala...normal la cucu sulong..nanti dah 2, 3 cucu nak berebut lg ke diorg?
Ntah2 semua tak nak jaga lak.Nauzubillah...


So untuk belah husband, nilah 2la member2 kamceng faid...
Yang bestnya bukan dia yg terpengaruh ngan kakak sepupu dia, diorg lak yg terpengaruh ngan faid...
Macam tulah nak jadi khalifah.