Jul 28, 2011

Untuk DUNIA SUSU IBU

Hari tu dapat mesej dr geng BF mama...
"ida join lah dunia susu ibu nyer contest....i tau the critical part for ur BF journey is masa pindah rumah hari tu"
Aduhai...aku ni bukanlah pengarang yg terbaik...
Bahasa melayupun lintang pukang..
Tp since org nak sharekan gak..oklah at least beri pengajaran n pengalaman kepada ibu2 diluar sana...


Sebagai permulaanya...let me introduce..
Nama anak : M.Fariz Zaquan bin M.Fairuz
Tarikh Lahir : 25 November 2010
Kategori : Pindah Rumah

*
*
*
Seperti yang dirancang, selepas faid berumur 4 tahun kami merancang anak ke 2..
Alhamdulillah selepas bercuti ke Kedah (trying to conceive), mama disahkan +ve pregnant pada Mac,2010..Syukur sbb our family planning menjadi..Sebab tu ramai yang jumpa fariz panggil dia anak Kedah..
Tapi mama baru jer keguguran pada bulan 2,2010...
Jadi mama kena berhati2...dari situ mulalah mama menimba ilmu penyusuan,beli bahan bacaan tentang BF,korek balik semua rujukan2 BF masa along dulu dan sertai beberapa kelas antenatal&penyusuan....
Dari situ mama mula contact kwn2 yg sm Bf, shida,alin,k.farah,suraya...

Tapi bila tiba masanya untuk mama praktiskan apa yg mama timba...mama rasa masih banyak yang mama belum pelajari...betullah org kata teori tak sama ngan praktikal..
Perjalanan penyusuan mama bermula sebaik sahaja Fariz dilahirkan pada 25hb November...

Alhamdulillah, seperti mana saat melahirkan along, susu mama mengalir laju walaupun baru sejam melahirkan...
Farizpn pandai sucking,teknik lekapan dia sangat bagus,dpt pujian dr nurse2..thumbs up untuk anak mama...tegukan susu kolustrum sejam pertama pun jelas kedengaran..itulah nikmat yang tidak terhingga buat ibu yang mengandung dan melahirkan seorang anak...
Alhamdulillah atas kurniaan Allah..moga rezeki ini dipanjangkan sekurang2nya sehinnga fariz berumur 2 thn....

Selepas pulang kerumah, mama pastikan setiap 3 jam mama akan bangun menyusukan fariz sebab along dulu menghidap jaundice yang teruk sehingga 2X dimasukkan hospital..
Walaubagaimanapun, sebagaimana along, fariz juga xlari dari disahkan jaudice dihari ke 3...
Ya Allah...walaupun mama dah bangun setiap 3 jam masih juga kena jaundice..
Pada hari ke 5, DR sahkan Fariz needs a phototheraphy treatment since fariz dilahirkan pada musim tengkujuh..amat sukar untuk berikan cahaya pada fariz di pagi hari..dan tahap kuningnya semakin naik dari hari ke 3...


Berat hati seorang ibu nak melepaskan kembali anaknya ke hospital..
Takut sejarah along berulang..pada masa yang sama mama FRUST..kata menyusu setiap 3 jam bb xdapat jaundice..kena gak ..mcm ni baik xpayah menyusu..
Tambahan pula masa nak admit nurse timbang bb 3.4kg..berat fariz turun sebanyak 200g..
Lagilah mama frust..mama mula menyalahkan susu ibu..masa tu mama betul2 down...

Masa tu hubby, family, shai n shida selaku member BF byk menolong..apa2 petua semua dibuat..susu kambing+air perahan anggur/sengkuang cina+ubat tabib cina+hemophathy..semua mama cuba..
Memang betul org kata penyakit kuning ni ubatnya susu ibu..tp bl bb sendiri dh kena+bb duk bwh lampu panas mcm tu..apa org cakap semua buat..janji anak mama chat...(walaupunhakikatnya susu ibu sahaja sudah cukup sbg penawar jaundice)
Malam pertama reading kuning fariz stagnant...tiada perubahan..
Ramai menyarankan cuba bagi susu formula,stop jap BF untuk pulihkan jaundice bb..
two of our heroes

Tp nasib baik hubby&shida pandai memujuk,menaikkan semangat mama..ingat lg pesan shida..jgn risau penurunan berat bb masa minggu pertama it is normal..bukan salah susu ibu...w/pun ramai yg menyusu ibu complaint bb senang kena jaundice, tetapi susu ibu jugalah penawarnya ...
Semasa fariz admit kuning tulah mama belajar teknik mermet dari staff nurse kat HUSM..ada hikmahnya disebalik apa yg terjadi..sekurang2nya skrg klu emergency msh boleh gunakan teknik mermet..
Lagipun memang benar..teknik mermet sebenarnya lebih banyak menghasilkan susu dari mesin pumping..

spectra yg banyak berjasa

hasil tenusu mama ms 1st time perah guna spectra3

 Membesar dengan sihat dan kuat dr susu mama yg terbaik dr ladang

Alhamdulillah dengan semangat yg diberi oleh husband, keluarga dan kawan2..fariz baik dr kuning; surprisingly ms discharge berat fariz 3.5kg..wow he is gaining..semangat2.....teruskan penyusuan ibu...

Sepanjang berpantang penyusuan susu ibu berjalan lancar ...beberapa stok berjaya dibuat sepanjang dikelantan..sehinggalah hari nak balik semula ke melaka tempat tinggal kami...
2nd tsunami 4 my BF journey..

Mama amik cuti bersalin 3 bulan, tapi mama balik awal sebulan sebab nak pindah rumah..
kalau dulu duduk rumah bertingkat2..ni nak pindah ke rumah atas tanah..bagi menyenangkan mama nak uruskan anak2 sebab mama&papa PJJ..mama terfikir macam mana mama nak angkut anak2 mama n barang2 setiap pagi n waktu balik kerja kalau duk flat ni...maka mama&papa decide tuk cari rumah yang memudahkan mama menguruskan anak2..

Keputusan yg dibuat agak drastik,selepas mama bersalin, selepas mama dapat merasakan kesukaran menguruskan 2 heroes serentak..barulah mama decide tuk pindah rumah..
Jadi xder barangpun yg dipackkan...So,mama amik keputusan balik ke melaka awal sebulan bagi menguruskan PERPINDAHAN RUMAH...

dalam perjalanan ke melaka, mama bawa bersama 10x3.5oz stok EBM yg dibekukan...
perjalanan yang patutnya 9 jam menjadi 12jam kerana banyak berhenti sebab bawak bb...
Disebabkan kecuaian mama, mama lupa nak tambah ais baru ditengah perjalanan menyebabkan semua susu cair,dan perlu dihabiskan dalam masa 24 jam..
Setibanya mama di melaka, sekali lagi mama dikejutkan dengan keadaan peti ais yang tidak dibuka suis...
Bayangkan..udahler susu semua cair,sesampai dimelaka tiada tempat nak diletak..maka susu berada dalam keadaan kritikal...
Fariz hanya mampu habiskan 1 botol sahaja (secara paksa sbb nak direct jer,xnak stok selepas penat seharian dalam perjalanan)...
Maka 9x3.5oz susu mama terpaksa dibuang begitu sahaja kerana xmampu dihabiskan oleh fariz...

betapa hancur luluhnya hati mama melihat susu2 terpaksa dibuang begitu sahaja..nak2 peringkat awal dulu amat susah nak dapatkan 1botol stok susu 3.5oz tue...
Dan kerana itu jugalah stok EBM mama 'ZERO' sedangkan mama hanya ada sebulan lagi sebelum naik kerja....

proses penyusuan bertambah sukar kerana keadaan kelam kabut pindah rumah..
Kesian fariz..dalam usia kecil begitu fariz terpaksa berada ditengah2 kesibukan pindah rumah, menghidup udara yg penuh dgn habuk2...
Tapi apakan daya...demi meneruskan penyusuan susu ibu,kami terpaksa berkorban..
mama tiada pilihan untuk tinggalkan fariz ditempat lain sementara mama pack barang sebab stok EBM ketika itu is ZERO...
Bukan sekadar itu, selepas pindah ke rumah barupun mama&fariz terus mengalami kesukaran untuk meneruskan penyusuan...
Dengan keadaan rumah kelam kabut,papa dah mula kerja..nak uruskan 2 anak serentak..mama betul2 perlu kuatkan semangat...

Pada ketika itulah beberapa kali mama patah semangat..mama menangis...merayu pd papa belikanlah FM tuk fariz sebab mama dh xmampu..mama kesiankan fariz..mama rasa fariz terabai sebab mama sibuk dengan mengemas barang...
Setiap hari mama tak putus asa merayu dengan papa..kekadang kesibukan itu menyebabkan 4 jam fariz terbiar tanpa menyusu...
dengan badan yg berpeluh  penat mama terpaksa berkejaran antara menyusu&mengemas rumah...
Sambil menyusukan fariz sambil itulah mama menangis kerana tidak tahan dengan bebanan dan sayu melihat kebilan mata fariz ketika menyusu...
tp apakan daya...papa xizinkan..pelbagai alasan papa cipta...
masa tu mama rasa papa kejam,papa xsayangkan fariz&mama..papa xrasa apa yg mama rasa,papa xrasa kepenatan mama menguruskan keluarga,anak2,kemas rumah...'you are not in my shoes' keluh mama...
Tapi sekarang mama bersyukur sangat atas ketegasan papa ketika itu...sekarang baru mama sedari hikmahnya...bukan papa xsayang kita fariz..
kerana sayangkan kitalah papa 100% say NO to FM..
mama bersyukur..kerana dikurniakan seoarang suami yg betul2 berada dibelakang mama,terus memberi semangat tuk mama terus susukan fariz...

Tetapi saat kritikal pindah rumah tulah betul2 memberi kesan kepada mama tuk teruskan penyusuan..
Bayangkanlah kalau kalian pindah rumah mcm mn keadaanya..inikan pula seorang ibu yg baru habis berpantang+ada 2 anak+suami yg PJJ+menguruskan saki baki pindah rumah seorang diri dengan anak2 dan dalam masa yg sama ingin terus meneruskan penyusuan susu ibu...

gambar mama yg still BF walau dimana berada
*
*
*
V






Moga setiap titik susu mama tuk fariz akan menjadikan fariz sihat&cerdik dan menjadi anak yang soleh serta good khalifah to our ummah...
Mama bangga kini fariz 8 bulan dan fariz masih menyusu dgn susu mama..
dan mama bangga melihat perkembangan dan tumbesaran fariz dari semasa ke semasa..
rambut..kuku..dan terbaru gigi yg 2 batang tu..semuanya dibajai dengan susu mama...
Moga Allah perpanjangkan rezeki ini untuk fariz sekurang2nya sehingga fariz 2tahun..
AMINNN

Cepat mama...caiyok2...perah jgn xperah....
*
*
*
*
*
*
*
I've been exclusively BF by my mother for 8 months...

Jul 5, 2011

caliper myvi...

hasil pergi major servis myviku yg ke 50,000

Mr Fazlan (org perodua): kami dah check keter,semua ok..cuma brake calliper tu longak'...kna tukau,tp mahai gaklh...
me: berapa agak2nya...
Mr. Fazlan: hr ni servis dh 270++, kalau nak baiki caliper lg mhl lah kak... tp xper kak sbb ikut sistem kami akak ada extended perodua warranty,akak cuma bwk jer slip tu,salesperson ms beli keter ni msti ada copy....


 EXTENDED PERODUA WARRANTY????????????????

mnlh nk capai slip tu...ida ni taupun idak kewujudan extended warrranty..
nasib baik no handset salesperson tu ada lg...

barulah tau rupanya salesperson tu ada belikan extended warranty ngn insurance ms purchase...
ish rezeki tul beli ngan salesperson ni dulu...dhlah dpt full tank minyak+smart tag+full tinted keter+voucher servis 500+extended warranty..........

mmg berbaloilah dia belikan extended warranty tuk keter ni...
so..kerosakan caliper ni tercover...
barulah tau keter ni rupanya ada warranty sampai 2013...

credit to google..ni ker bendanya...

wahai spare part2 myviku syg...rosaklah kamu sebelum 2013 (yg ada warranty jer tau..)
so kepada semua2 pembeli kereta especially myvilah kut (sbb owner myvikan...) sila pastikan anda ada EXTENDED WARRANTY ni...
Sebab mengikut kata org perodua caliper ni antara masalah favourite yg dicreatekan oleh myvi...

Jun 30, 2011

first word fariz,,,,,,

yup...pd 25/6/11...hari genap fariz 7 bulan..
fariz mula menceceh...

1st word dia bukan pa...bukan ma....
tapi
TA


dah macam org tua xder gigi menceceh...
sayang dulu masa along x take note bila 1st word dia...
tapi achivement along yg mama ingat sangat ialah meniarap 3 bln, berjalan 9 bulan...
TP walaupn along lambat cakap dia xpelat..bila dia dapat any word dia akan cakap ngan betul...
rasanya fariz ni dapat mulut dulu kut dr kaki....
just wait n see...
tak sabar nak balik kerja borak ngan fariz...hehe

Jun 23, 2011

fariz pergi tgk wayang..............

Our beloved little caliphs......

nak onion ring papa....wah....... xthn 6bln mkn onion ring kt BK

cubaan memasukkan onion ring ke mulut...

seisi burok lantak.....


Seawal 6bln fariz msk wayang tgk NUR KASIH...
faid yg touching2 lebih ckt...
dia yg nagis2 time aksi ganas...
kitorg layan jerk...
n
fariz......sleeping beauty zzzzzz :)

then...odw blk..
*
*

mama...amikkn gmbr faid ngan naruto

Jun 22, 2011

sepetang di pengkalan balak...

 Indah sungguh suasana matahari terbenam di pengkalan balak...


To all my dear readers...
Jgn2lah bohsan yer ngn entry pengkalan balak...
Almaklumlah berumah di tepian pantai...

Layan jerk d picas....
Bersand play bersama anak beranak hubby...

 


 
 Fariz yg meronta2 minta dilepaskan sbb nak main pasir...
 Papa...nak main ngn qudsiyah ...
Qudsiyah ni cousin fariz yg sebaya ngan fariz...cuma DOB dia january...Fariz nyer lak november....
 *
*
*



 ..................Sand play...............

 n
malamnya menjamu selera ikan bakau....
 
 
 
 

 dan anakku tetap tidor pada masanya.....

Jun 13, 2011

rejab...syaaban...ramadhan...setahun sudah

kejap jer masa berlalu...
kejap jer masa berputar..
dulu hadapi rejab, syaaban,ramadhan ms berbadan dua...
tahun ni masa tgh breastfeed...

Ya Allah KAU limpahkanlah rezeki susu buat annakku Muhammad Fariz Zaquan walaupun dibulan Ramadhan...
Selamat bergerak gempur all BF moms...wat simpanan ramadhan 2011..caiyok2...


Rangkap syair buat ingatan bersama....


Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai 

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala 

Thn lps xder ganti puasa...Moga tahun ni berjaya puasa penuh lagi...Aminnnn